Followers @ Maka.N

Monday, September 28, 2009

Lemang Raya 1430H

Syabas wat mE and sekeluarga kerana usaha gigih kami akhirnya dapat kami menghasilkan Lemang of the world... Sedap sangat... Sampai dah x makan lemang orang lain dah.. huhuhu... agak riak lar sikit... hehehe... Kalau nak tengok suasana menjelang raya leh klik kat SINI... So pasni arap dapat lar wat Lemang Mak of The Year ni lagi...

Bahan-bahan

3 kg Pulut
6 biji kelapa yang tua dipokok (Jadikan santan)
4 sudu garam Air secukupnya Buluh (baik pilih saiz kecil sahaja)
Daun Pisang


Langkah-langkah

1- Rendam pulut lebih kurang 3jam dan basuh pulut sehingga bersih.
2- Kisar 6 biji kelapa untuk dijadikan santan. Jangan guna terlalu banyak air
3- Satukan pulut, santan dan garam dalam 1 bekas besar.
4- Bagi memudahkan kerja, sukat pulut dan santan sedikit demi sedikit di dalam mangkuk kecil sebelum di masukan ke dalam buluh. Ini bagi mengelakan kesilapan dalam menyukat sukatan air dan pulut nanti. Pastikan paras santan adalah separas atau lebih sedikit sahaja dari paras pulut. Kemudian masukan semua sukatan dari magkuk kecil ke dalam buluh. Lakukan perkara yang sama sampai buluh penuh. (Perhatian jangan sekali2 memadatkan pulut semasa proses ini)
5- Bakar lemang di atas bara dan bukan nya api. Sentiasa mengubah posisi lemang bagi mengelakan lemang masak tidak sekata. Pastikan tiada api yang besar semasa memasak.
6- Tunggu sehingga pulut masak. Dan sangaikan seketika
7- Apabila siap masaknya, biarkan ia menyejuk dan belahlah buluh berkenaan bagi merasai isinya... Ermmmm mesti sedap...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails