Followers @ Maka.N

Monday, September 28, 2009

Rendang Tok


Bahan-bahan
600 gm daging
1 ½ biji kelapa (1 biji pun sudah cukup)
3 sudu besar gula kabung
2 sudu gula pasir
2 ketul asam jawa (seketul sebesar ibu jari)

Bahan-bahan digiling
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
20 biji cili kering
4 batang serai
1 inci lengkuas
1 ½ inci halia
4 ulas bawang kecil
½ buah pala
3 biji buah keras

Bahan-bahan dihiris
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Beberapa biji buah pelaga


Langkah-langkah

1- Parut kelapa untuk dijadikan santan dan kerisik. Ambil 1 cawan kelapa untuk dijadikan kerisik dan selebihnya di jadikan santan. Kalau ada kelapa separuh mudah, buangkan kulitnya dan hiris nipis-nipis sebanyak ¾ cawan. Kalau tak ada pun x apa

2- Giling bahan-bahan yang perlu digiling. Satukan daging dan bahan-bahan digiling, kerisik, gula kabung, air asam jawa, sedikit pati santan dan garam dalam 1 bekas. Peram selama ½ jam atau lebih

3- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan dihiris tadi sehingga naik bau. Kemudian masukan daging yang diperam tadi. Kacau selama 15 minit dan setelah itu, baru masukan baki santan. Apabila santan sudah separuh kering, masukan kerisik.

4- Masak sehingga kering dan warnanya bertukar kepada coklat gelap. Siap untuk dihidang.

Lemang Raya 1430H

Syabas wat mE and sekeluarga kerana usaha gigih kami akhirnya dapat kami menghasilkan Lemang of the world... Sedap sangat... Sampai dah x makan lemang orang lain dah.. huhuhu... agak riak lar sikit... hehehe... Kalau nak tengok suasana menjelang raya leh klik kat SINI... So pasni arap dapat lar wat Lemang Mak of The Year ni lagi...

Bahan-bahan

3 kg Pulut
6 biji kelapa yang tua dipokok (Jadikan santan)
4 sudu garam Air secukupnya Buluh (baik pilih saiz kecil sahaja)
Daun Pisang


Langkah-langkah

1- Rendam pulut lebih kurang 3jam dan basuh pulut sehingga bersih.
2- Kisar 6 biji kelapa untuk dijadikan santan. Jangan guna terlalu banyak air
3- Satukan pulut, santan dan garam dalam 1 bekas besar.
4- Bagi memudahkan kerja, sukat pulut dan santan sedikit demi sedikit di dalam mangkuk kecil sebelum di masukan ke dalam buluh. Ini bagi mengelakan kesilapan dalam menyukat sukatan air dan pulut nanti. Pastikan paras santan adalah separas atau lebih sedikit sahaja dari paras pulut. Kemudian masukan semua sukatan dari magkuk kecil ke dalam buluh. Lakukan perkara yang sama sampai buluh penuh. (Perhatian jangan sekali2 memadatkan pulut semasa proses ini)
5- Bakar lemang di atas bara dan bukan nya api. Sentiasa mengubah posisi lemang bagi mengelakan lemang masak tidak sekata. Pastikan tiada api yang besar semasa memasak.
6- Tunggu sehingga pulut masak. Dan sangaikan seketika
7- Apabila siap masaknya, biarkan ia menyejuk dan belahlah buluh berkenaan bagi merasai isinya... Ermmmm mesti sedap...

Tuesday, September 15, 2009

Jualan Kuih Raya 1430H

Nak cite sal bisnes mE lak... Bersempena raya yang bakal menjelang ni mE wat bisnes Kuih Raya... Macam tahun lepas, tahun ni pun wat jugak... Tapi gune strategik baru, mE ngan partner wat iklan awal2 sebelum pose aritu... Hasilnyer MEMANG BERBALOI...


Gambar ni sebahagian jer... Ade yang dah hantar dan ade yang bubuh dalam kotak... Upah jual ni x lar lumayan sangat... mE amek atas orang jugak... Kalau mE wat biskut2 ni sendiri mesti lagi BEST... tunggu lar nanti nak wat bisnes camni jugak...

.... SELAMAT HARI RAYA ....

.... RAKAN-RAKAN BLOGGER SEKALIAN...

Monday, September 14, 2009

Ice Cream's Cake

Nampak best jer kan?? Tadi mE jumpe kat blog Miss Creative. Boleh gak cube ni. Pada yang hantu Ice Cream macam mE elok sangat lar menjadikan ia sebagai hidangan nanti walaupun cepat cair. kuikuikui..!!!

Resepi x payah bubuh sebab kerja yang perlu dibuat adalah kek span sahaja. So ikut lar resepi Kek Span yang korang suke. Janji leh telan... Step2 nak wat leh ikut kat bawah ni...



p/s: dulu pernah tgk TV cara wat kek ice cream. Diorang ajar suh bubuh sedikit tepung... Tepung ape mE x ingat. Tujuannya untuk melambatkan Ice Cream cair...

Thursday, September 10, 2009

Popiah Makorani Udang

Yummyyyy.... Sedapnyer mY popiah... Ini bukan sebarang popiah tapi ini adalah Popiah Makaroni... Meh cube meh....

Malas nak tulis resepi kat sini lar... Resepinyer mE main bedal jer... Masak Makaroni, pastu bungkus ngan kulit popiah...

Pas goreng me sira ngan kuah Popiah yang dibeli kat SS Ali... Sedap wehhhh sos dia ni... Nanti mE wat preview popiah dia ni...

Tungguuuuuu...!!!!

Wednesday, September 9, 2009

Gulai Lemak Udang Tempoyak - Success

Gulai Lemak Udang Tempoyak.
Wah mE berjaya memasak gulai ini dengan lazatnyer semalam... Walaupun pakai santan kotak, tapi rasanya tetap ngancam... Xsangke leh cukup garam gulenya.... Syabas wat mE...

Resepi gulai ni mE cilok dari Ummi... Gambar pun cilok dia punya... mE malas tangkap gambar semalam... Tapi yang nyata kali ini mE telah memperoleh kejayaan yang beso... Selalu masak mesti terlajak garam jer... kekeke.... Kat bawah ni resepinya yang di copy from Ummi... Thanks Ummi

Bahan:-

250 gm udang
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
2 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan Kisar/Tumbuk:-

8 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
1 cm kunyit hidup
3 sudu besar tempoyak
sebahagian santan cair

Cara Memasak:-

-Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak dengan api perlahan. Masukkan sebahagian lagi sanstan cair. Kacau-kacau selalu.
-Masukkan udang dan biar mesra sekejap.
-Masukkan garam secukup rasa.
-Akhir sekali masukkan pati santan dan kacau sebentar. Biar kuah pekat sedikit.
-Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi.
-Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.

Tuesday, September 8, 2009

Sagu Gula Melaka

Tadi jengah2 blog kawan-kawan Kak Ijan... Terview lar blog Kak An.... mE terpikat ngan resepi kuih sago gula melaka... Adoiiii... Ni memang feveret mE... Tapi disebabkan dok sorang jer, malas nak wat sendiri... Tunggu lar kalau ramai orang kat umah mE akan wat...


Bahan-bahan: (menghasilkan 5 bekas dadih kecil) - ehsan from Kak An

1/2 cawan sagu biji (K.An gunakan yang warna hijau)- rendam dengan 1 cawan air selama 15 minit
4 cawan air biasa
1 biji putih telur
acuan secukupnya


Cara membuatnya:

1.Masukkan air ke dalam periuk. Didihkan. Biar api sederhana. Masukkan sagu yang direndam tadi (jangan toskan) dan kacau sentiasa hingga sagu timbul dan jernih. Tuangkan ke dalam penapis halus.

2. Dalam bekas lain, kacau putih telur dengan garpu. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama sagu yang ditoskan tadi. Masukkan campuran sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais.


Bahan sirap gula melaka:

Cairkan 1 keping gula melaka dengan 1 cawan air mendidih. Kacau sentiasa hingga air gula mendidih. Padamkan api dan sejukkan.Campurkan sedikit garam dengan 1 cawan santan pekat. Sejukkan dalam peti ais. (jika ingin santan tahan lama, masak di atas api perlahan seperti menyediakan santan untuk cendol.

Hidangkan sagu bersama 2 sudu besar air gula melaka dan 2 sudu besar santan. (tambah jika tak cukup manis atau lemak)

Wednesday, September 2, 2009

Spageti Mania

Bukan susah pun nak masak Spageti yang macam kat Pizza or mana-mana kedai Italy tuh... Yang penting pandai lar kena combined... Kali ni layan western food lak... hehehe

Sea Food Spageti

Bahan-bahan

Spageti
Udang segar
Sotong
Cili Capsican
Kobis bunga
Cili Kering
Putik Jagung
Bawah putih & bawang merah
Garam, gula, lada secukup rasa

Cara-caranya

- Masak spageti dengan air panas+garam+minyak sikit. Toskan
- Goreng cili kering. asingkan
- Goreng bawang putih & merah hingga wangi
- Masukan sayur dan sedikit air
- Masukan garam, gula & lada secukup rasa
- Masukan Udang & sotong
- Akhir sekali masukan spageti yang telah di tos tadi. Gaul hingga rata dan biarkan 3 minit.
- Tutup api dan hidangkan... SIAP....!!!


Bolognise Spageti

Ni pun senang jer.. X payah guna Prego... Bazir duit jer... Buat jer Pes tomato sendiri... Lagi best. Dan yang paling best leh ikut citara sendiri. Kalau real Italy, sos bolognise memang masam. mE makan dulu sampai sakit perut... Xsesuai lar dengan tekak mE. So baik buat sendiri kan...


Bahan-bahan

Spageti
Tomato segar
Sos tomato
Cili boh
Bawah merah, bawang putih
Daging yang dicincang
Carrot dihiris nipis
Garam, gula secukup rasa


Cara-caranya

- Masak spageti dengan air panas+garam+minyak sikit. Toskan
- Goreng bawang merah & putih hingga wangi. Kemudian masukan cili boh. Masak hingga naik minyak
- Masukan tomato segar yang telah dicincang bersama-sama daging cincang. Masak kedua2nya sehingga tomato hancur menjadi Pes
- Masukan carrot dan biarkan hingga lembut
- Masukan garam, gula dan sedikit sos tomato. tunggu selama 3 minit
- Sos siap. Letakan spageti yang siap di tos di atas pinggan dan tuangkan sos tadi di atas spageti

p/s: Untuk meat ball, mE malas buat so pakai meat ball AZMY... meat ball brand AZMY ni memang sedap... Amat disarankan kepada anda...

Tuesday, September 1, 2009

Nasi Lemak @ Mee Banjir Udang

Cam pelik jer tajuk post ni... Sebenarnya nak gtau sal Nasi Lemak kat Restoran yang popular ngan Mee Banjir Udang dia... 1 UTP tau jer restoran ni...


Ermmm asek post sal masak jer, kali ni post balik tentang mY Food Hunting... hehehe...


Layan Nasi Lemak versi Tronoh...


mE suke nasi lemak dia... Sedap...


Kalau kuar breakfast ngan Mr Black Secret, mesti mE ajak dia... Lagipun dia jugak lar yang perkenalkan Nasi Lemak @ Mee Banjir Udang...

WAJIB TRY...!!!!!


Ini adalah Nasi Lemak yang sedap tuh...

Restoran ni memang popular dengan Mee Banjir Udang, tapi mE x suke ngan Mee Udang dia... Xbest... Tapi nasi lemak dia memang sedap... Recomended...

Koteaw goreng dia pun sedap... Bile order diorang akan masak...

Semua menu yang mE cite tadi semo waktu pagi... Yelaa mE datang sini pun pagi-pagi jer.. hehehe....


mE bagi
pada Restoran Selera Matang


Restoran Selera Matang
Jalan Masuk Tronoh,
Bahagian Rumah-rumah lama di situ (Alamat detail mE xtau... huhuh)
Related Posts with Thumbnails