Salam Aidiladha from Makan Mania

Sesungguhnya ucapan ini dengan seikhlas hati saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger saya iaitu...

Dan yang lain2 takut terlupe dowh... hehehe

And also tu all my follower especially... And kepada seluruh Umat Islam di dunia ini... Semoga kita mendapat Keberkatan dari-Nya... Insyaallah..

Salam Aidiladha


Mikael... Tolong auntie Imma..!!!

Mikaellllll...!!!!!!!!!!!!!!
Tolong autie, mikael...!!!!!
Pas mE menjerit terus Baby Superhero ni datang dengan sepantas kilat... Yeahhhh Mikael ni truly SUPERHERO lar... Sape lar mama and daddy dia??? hehehe...

Sorry Kak Ijan, menculik Mikael kejap... Bile tgk Mikael, mood pun leh tukar hepy. Geramnyer kat dia.. Dah lar semakin montel... Dengar cite dah 6kg... Mak aiii penat Kak Ijan nak dukung nanti..

Anyway thanz a lot to Mikael coz tolong Auntie Imma... Love you... Mmmuahhhh..!!!

Majuk Kejap

Dear aLL,

Sowy dah lame x updated blog... Majuk Jap... Xde aspirasi untuk upload sal makan... Selera pun dah potong, ape mE nak tulis... huhuhu....

Lepas ni mE akan activ lik... mE nak cari semangat baru dalam dunia baru mE...

Banyak yang perlu di mulakan... Payah jugak... Yang lebih merumitkan keadaan bile kenangan lalu mengimbau kembali... Bile jadi camtu, tibe2 akan jadi DOWN... Down Town xpe gak... Leh gak jalan2... Ni, minda jiwa raga yang Down. Ermmm...

Pada Kak Ijan, T.am, Kak Nowa, Kak Ila, Kak Siti, selaku follower yang setia, i rindu u all lar... lame x jenguk blog korang... Xde mood lagi... huhuhu...

TUNGGU Me YER...!!!! Will bring a new spirit...

Food court di Greentown Mall Ipoh ~ Selera Utara Tom Yam

Senangnye mE upload gambar kali ni... Cepat giler... Ni yang semangat.. Laju lak tenet kali ni... Dah lame mE x upload... Malas lar... Sekarang ni addited main 'Farmville' kat facebook... Kekeke.. Jangan marahhhh... (^o*)v

Dis time mE nak wat preview tempat makan yang mE suke sangat kalau pergi ker Greentown Mall Ipoh, SELERA UTARA TOM YAM... kENAPA mE suke???? Senang jer jawapan nyer :-

1) Sebab Sedap
2) Sebab semua nasi goreng dia lain2 rasa... Bukan lain2 lauk k
3) Originality masakan tu ade
4) Memang sedap lar...

Jadi pada yang selalu datang GM meh lar singgah kat food court basement sane... Kedai Makcik ni hujung sikit... Sebelah dengan kedai jual ABC & Lai Chi Kang... Cari lar yang agak dihujung sane k..
[Nasi Goreng Ikan Rebus]
[Koteaw Kungfu][Nasi Goreng Kampung]
[Nasi Goreng Kerabu]
For mE, mE bagi
pada SELERA UTARA TOM YAM


SELERA UTARA TOM YAM
Basement,
GreenTown Mall Ipoh

Almond Cookies

Resepi ni sebenarnya mE cilok dari Kak Zaliana ... Sekali mE pandang terus tergoda... Maybe next raya mE akan wat... Geram sangat dengan keceriaan kuih ni... so sape2 yang berminat, leh lar jugak mencuba...


Almond Cookies
[Menghasilkan lebih kurang 50 biji]

Doh
120 gram tepung rose
50 gram tepung jagung
100 gram mentega
50 gram gula halus
1 biji kuning telur (saiz A)
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
20 gram serbuk badam
100 gram kepingan badam (almond flakes)


Adunan untuk hiasan
1 biji putih telur(ambil dari lebihan telur untuk adunan di atas)
70 gram gula aising
20 gram tepung gandum
Pewarna / perasa untuk 3 adunan warna:
1/2 sudu besar coffee emulco
1/2 sudu besar pandan emulco
sedikit pewarna merah + esen ros

Cara -cara

1.Gaulkan tepung rose,tepung jagung dan serbuk penaik dan ayak. Ketepikan dahulu.Pukul mentega dan gula halus sehingga sebati.Kemudian masukkan telur dna kacau rata.

2.Masukkan esen vanilla, campuran tepung serta serbuk badam. Uli sehingga ia menjadi doh.Keperluan tepung mungkin sedikit berbeza jika menggunakan tepung gandum biasa.

3. Ambil sedikit doh, buat bentuk bulat.(Bentuknya tak perlu terlalu sempurna). Golekkan doh ke atas kepingan badam.Boleh tambahkan sedikit mentega ke dalam doh agar ia menjadi lebih lembut dan lebih banyak kepingan badam boleh melekat pada doh.

4. Letakkan ke atas dulang pembakar yang telah di gris dengan sedikit mentega.Buat sehingga adunan habis.

5. Letakkan adunan hiasan ke atasnya.

6. Kemudian bolehlah di bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah.


Untuk hiasan atasnya

1.Pukul telur putih sehingga gebu dan kembang.
2.Masukkan gula aising dan kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul rata.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bekas.Kemudian masukkan coffe emulco, pandan emulco dan pewarna merah dan esen ros setiap bekas. Kacau sehingga rata. Masukkan ke dalam piping bag. Kemudian bolehlah dihias di atas adunan tadi.

Blog Widget by LinkWithin