Followers @ Maka.N

Tuesday, August 25, 2009

Kerabu Sotong & Suhun versi Kak Ijan

Lagi operasi mencilok resepi rakan-rakan blogger... Kali ni mE amek resepi kerabu ni dari Kak Ijan... Jangan marah yer Kak Ijan... hehehe... di bawah ni adalah resepinya..

Kerabu Sotong dan Suhun

Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]
kite tambah mangga dan carrot cikit

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil]
3 tangkai cili merah


Langkah-langkah

- Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
- Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
- Rasakan masam dan masinnya.
- Hidangkan

1 comment:

  1. Takpe.. cilok jer lah.. akak pon cilok resipi kak hanieliza punyer.hehe.. psst, halwa kacang tue, rasanya manis2 berkacang. rasa satu mesti nak dua tiga empat dan seterusnya...hehhee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails