Followers @ Maka.N

Tuesday, August 25, 2009

Tauhu Kukus Bebola Ayam versi Mat Gebu

mE baru pas ziarah blog Mat Gebu. Jadi terpikat lar ngan resepi ni... Rasenyer nak try esok... Nak wat hari ni xpat, sebab xde tauhu tuh... hehehe... Jadi today just grab the recipe from him 1st... Thank a lot Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA

2 tiub tahu lembut (atau 3 keping tauhu putih biasa)
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh serbuk lada hitam
Beberapa titik minyak bijan

BAHAN-BAHAN "A"

100 g daging ayam kisar (mat guna jenama "ramly")
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus2
2 camca besar tepung jagung
Sedikit garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA

1- Tauhu dipotong kepada 12 bahagian sama besar (kalau guna tauhu biasa, guna 3 ketul dan potong 4 bahagian bagi setiap 1 keping tauhu). Kemudian korek sedikit bahagian tengah tauhu tadi dengan alat pengorek seperti dalam gambar. Jangan korek dalam sangat, anggaran 1/3 bahagian sahaja, buat hingga siap dan ketepikan (berhati2 semasa mengorek, takut pecah). Sementara itu panaskan kukusan.

2- Satukan semua bahan2 "A" (boleh campur sekali lebihan tauhu yang kita korek tadi) dan kacau hingga sebati, terus mengacau pada satu arah sahaja sehingga mendapat adunan yang pejal. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian dan bulat2kan menjadi bebola. Isi dalam setiap tauhu tadi. Kukus atas air mendidih selama 10 - 12 minit.

3- Angkat bekas yang berisi tauhu tadi dan perlahan2 ceduk keluar stok (air) yang terhasil semasa mengukus tadi. Masukkan stok ke dalam periuk kecil dan satukan sos tiram, minyak bijan dan lada hitam serbuk, didihkan dengan api perlahan dan kacau sehingga pekat. Tuang sos tadi atas tauhu kukus berisi bebola ayam sebelum dihidangkan......

Monday, August 24, 2009

Goreng Pisang mE

Waduh2, buruknyer goreng pisang yang mE wat ni..

Baru mE sedar, mE x reti wat goreng pisang...

Oily...!!!!!

Lembik...!!!!!

Pada Kak Ijan, jangan gelak eh tengok goreng pisang ku...

kekeke... (^o*)v

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

- - - - Ucapan ini mE tujukan pada terutama pada rakan-rakan baik blogger mE- - - -

Afif Sempoi
Kak Ijan
Kak Nowwa
Bro Nizam
Kak Hazila
Kak CT
Kak Seri
Kak Intan
Mama Fami
Cik Juju
Dan x lupe pada sume rakan-rakan yang lain...
Xsebut kat atas bukan tanda x sayang tau...
Selamat berpuasa...
mE nak mintak ampun dari hujung kaki sampai hujung rambut...

Thursday, August 20, 2009

mY Cute Sotong

Comeynyer sutungku ini....


Idea ni mE amek dari Mrs Faiz...


Semalam explore blog dia, tibe2 ternampak Sutung2 yang Comey2 ni...


Siap dia bagi link kat You Tube untuk blaja cara buatnya...


So malam tadi mE try buat....


Walaupun untuk makan sorang, tapi mE tetap bersemangat...


Semua kerana M.A.K.A.N hehehe...




Kat sebelah kiri ni hasil kerja mE... Comotnyer... huhuhu... Kat sebelah kanan ni hasil kerja Mrs Faiz... Comel kan... Compare lar... Nanti mesti mE akan dapat wat secomel Mrs Faiz buat...
Chaiyokkk...!!!!


Wednesday, August 19, 2009

Sambal Ikan Bilis Getuk

Tadi g jenguk kat Blog Resepi, terjumpe lak resepi ni... Ikan Bilis Getuk ni memang sedap kalau makan ngan bubur... Macam serunding lar jugak... kat bawah ni adalah resepinya... Selamat mencuba...
Resipi Sambal Ikan Bilis Getuk Mrs Faiz

- ikan bilis
- cili padi ~ belah dua
- belacan ~ nak sedap bakar dulu
- sedikit gula ~ jika suka

- Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua.
Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
- Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing. Angkat dan toskan.
- Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.
- Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan.

Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap!
Related Posts with Thumbnails