Followers @ Maka.N

Showing posts with label Resepi : Biskut_Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Resepi : Biskut_Kuih-muih. Show all posts

Friday, September 9, 2011

New Oreo Chocolate Cheese Cake Recipes

Dalam google2 tadi cari menda lain, last2 terjumpe menda lain. Dan yang pasti ianya sgt lar aku sukai.... Hik3... Dan bagi mengabadikan dalam simpanan aku, better letak resepinya kat sini kan.... Dan mane tau, untung2 leh wat menu baru untuk Cekelat House ku.... Yummyyy~~~~

Ingredient
24 OREO Cookies, crushed (about 2 cups)
1/4 cup (1/2 stick) butter or margarine, melted
4 pkg. (8 oz. each) PHILADELPHIA Cream Cheese, softened
1 cup sugar
2 Tbsp. flour
1 tsp. vanilla
1 pkg. (8 squares) BAKER'S Semi-Sweet Chocolate, melted, slightly cooled
4 eggs
1/2 cup blueberries

Make It
HEAT oven to 325ºF.
MIX crumbs and butter; press onto bottom of 13x9-inch foil-lined pan. Bake 10 min.
BEAT cream cheese, sugar, flour and vanilla with mixer until well blended. Add chocolate; mix well. Add eggs, 1 at a time, mixing on low speed after each just until blended. Pour over crust.
BAKE 45 min. or until center is almost set. Cool completely. Refrigerate 4 hours. Use foil to lift cheesecake from pan. Top with berries.

Nak lagi senang paham leh refer video bawah nih...

Friday, November 26, 2010

Wednesday, August 25, 2010

Coklat Cluster versi Chef Asma

Yummy.... Inilah biskut yang akan mE buat raya nanti... Yummyyy... yummmyyy... Memandangkan mE berangan nak jadi Chef Cekelat, jadi kite adapt lar sikit2 dari sekarang... Ini punya resepi mE Copy&Paste from Chef Asma... Selamat mencube... kalau xnak wat, meh order ngan mE... Twick...~~~ Twick...~~~ Twick...~~~~


Bahan - bahan :
150 gm cornflakes ( kellogs @ nestle )
50 gm almond strip - bakar dahulu
20 gm - 50 gm hazelnut paste @ nutella
200 gm milk coklat
200 gm dark coklat

Hiasan : White coklat - secukupnya & paper cup

1. Cairkan coklat dengan cara " double boiler "

2. Masukkan semua bahan - bahan & kacau sebati.

3. Letakkan diatas periuk nasi elektrik yang berisi air panas & on plug..supaya cornflakes tak beku & senang nak masukkan kedalam paper cup.

4. Dah siap.. dapat dalam anggaran 70 pcs...

5. Nak cantik... hias dengan white coklat-- cairkan dulu & masukkan dalam pipping bag..

6. Dah siap... sejukkan sekejap... packing dalam bekas...


Tadaaaa...
Inilah hasilnya....
Pada Choco holic like mE leh lar layan Coklat Cluster raya nanti....
(^o*)v

Wednesday, August 11, 2010

Chocolate Frame

Aku terjumpa Video ini masa google kat blog tokey2 cekelat tadi... Siyes, really lovely FRAME... Nak wat tuk hantaran sendiri lar nanti... Kuikuikui....



Align Center

Monday, August 9, 2010

Peanut Butter Cookies

Pemberitahuan, Resepi ini mE cilok kat blog seseorang. Untuk maklumat lanjut sila tanya Empunya resepi ini ya di Mummy Gee's Choc

********

Peanut butter cookies

Bahan A
- 2 cawan biscuit crumb - digestive biscuit ataupun biscuit marry (hancurkan biskut dulu baru sukat)
- 1 1/2 cawan peanut butter (crunchy or halus ... sukatan asal 2 cawan tapi Mummy rasa terlalu lemak dan lembik sikit)
- 1/2 cawan unsalted butter

Bahan B
- 200 gm chocolate
- 1 tsb shortening (klu tak ada, gunakan butter pun boleh)

Bahan C
- choc rice or almond nib untuk hiasan

Biskut dihancurkan

Campurkan butter dan peanut butter dan panaskan secara double boil
Campurkan biskut ke dalam campuran butter dan peanut butter yang telah cair

Tuangkan ke dalam loyang (pastikan loyang dilapik dengan baking paper atau tuangkan ke dalam paper cup.


- Campurkan bahan B dan panaskan secara double boil.
- Tuangkan ke dalam loyang atau paper cup yang perisi campuran peanut butter tadi. Hiaskan.
- Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sehingga 1 jam.
- Keluarkan dan potong empat persegi (kalau gunakan loyang).



Masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.


Close-up sikit....

p/s : nampak sedap dan senang di buat... happy baking...

Tuesday, October 13, 2009

Almond Cookies

Resepi ni sebenarnya mE cilok dari Kak Zaliana ... Sekali mE pandang terus tergoda... Maybe next raya mE akan wat... Geram sangat dengan keceriaan kuih ni... so sape2 yang berminat, leh lar jugak mencuba...


Almond Cookies
[Menghasilkan lebih kurang 50 biji]

Doh
120 gram tepung rose
50 gram tepung jagung
100 gram mentega
50 gram gula halus
1 biji kuning telur (saiz A)
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
20 gram serbuk badam
100 gram kepingan badam (almond flakes)


Adunan untuk hiasan
1 biji putih telur(ambil dari lebihan telur untuk adunan di atas)
70 gram gula aising
20 gram tepung gandum
Pewarna / perasa untuk 3 adunan warna:
1/2 sudu besar coffee emulco
1/2 sudu besar pandan emulco
sedikit pewarna merah + esen ros

Cara -cara

1.Gaulkan tepung rose,tepung jagung dan serbuk penaik dan ayak. Ketepikan dahulu.Pukul mentega dan gula halus sehingga sebati.Kemudian masukkan telur dna kacau rata.

2.Masukkan esen vanilla, campuran tepung serta serbuk badam. Uli sehingga ia menjadi doh.Keperluan tepung mungkin sedikit berbeza jika menggunakan tepung gandum biasa.

3. Ambil sedikit doh, buat bentuk bulat.(Bentuknya tak perlu terlalu sempurna). Golekkan doh ke atas kepingan badam.Boleh tambahkan sedikit mentega ke dalam doh agar ia menjadi lebih lembut dan lebih banyak kepingan badam boleh melekat pada doh.

4. Letakkan ke atas dulang pembakar yang telah di gris dengan sedikit mentega.Buat sehingga adunan habis.

5. Letakkan adunan hiasan ke atasnya.

6. Kemudian bolehlah di bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah.


Untuk hiasan atasnya

1.Pukul telur putih sehingga gebu dan kembang.
2.Masukkan gula aising dan kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul rata.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bekas.Kemudian masukkan coffe emulco, pandan emulco dan pewarna merah dan esen ros setiap bekas. Kacau sehingga rata. Masukkan ke dalam piping bag. Kemudian bolehlah dihias di atas adunan tadi.

Friday, October 2, 2009

Semperit Raya

Kalau korang wat semperit guna resepi ni, mE 130% yakin semperit korang akan sedap giler... Sebabnyer, mE sendiri memang xreti pun nak wat, tapi ikut resepi mak ni, terus menjadi... Just terlajak lembut sikit bancuhanyer... Tu yang melepek jer bunga kejora ku... hehehe... Selamat mencuba.


Semperit

1 tin tepung jagung Cap Kupu-Kupu
1/2 tin tepung gandum
1/2 tin tepung ubi
1/2 tin gula icing
Sedikit vanila
Butter brand SCS ikut kelembutan adunan (Biasa 2 ketul)

Langkah-langkah

- Goreng tepung gandum dan tepung ubi tanpa minyak
- Sejukan tepung yang digoreng tadi. Kemuadian gaul semua bahan-bahan sehingga rata
- Kemudian gaulkan Butter sehingga adunan lembut. Jangan biarkan adunan terlalu lembut kerana butter yang berlebihan akan menyebabkan kelopak bunga melepet ketika di masak
- Uli sehingga adunan lembut & tekan adunan tadi dengan acuan semperit
- Letak ceri merah ditengah-tengah dan bakar di dalam oven hingga kekuningan

Monday, September 28, 2009

Lemang Raya 1430H

Syabas wat mE and sekeluarga kerana usaha gigih kami akhirnya dapat kami menghasilkan Lemang of the world... Sedap sangat... Sampai dah x makan lemang orang lain dah.. huhuhu... agak riak lar sikit... hehehe... Kalau nak tengok suasana menjelang raya leh klik kat SINI... So pasni arap dapat lar wat Lemang Mak of The Year ni lagi...

Bahan-bahan

3 kg Pulut
6 biji kelapa yang tua dipokok (Jadikan santan)
4 sudu garam Air secukupnya Buluh (baik pilih saiz kecil sahaja)
Daun Pisang


Langkah-langkah

1- Rendam pulut lebih kurang 3jam dan basuh pulut sehingga bersih.
2- Kisar 6 biji kelapa untuk dijadikan santan. Jangan guna terlalu banyak air
3- Satukan pulut, santan dan garam dalam 1 bekas besar.
4- Bagi memudahkan kerja, sukat pulut dan santan sedikit demi sedikit di dalam mangkuk kecil sebelum di masukan ke dalam buluh. Ini bagi mengelakan kesilapan dalam menyukat sukatan air dan pulut nanti. Pastikan paras santan adalah separas atau lebih sedikit sahaja dari paras pulut. Kemudian masukan semua sukatan dari magkuk kecil ke dalam buluh. Lakukan perkara yang sama sampai buluh penuh. (Perhatian jangan sekali2 memadatkan pulut semasa proses ini)
5- Bakar lemang di atas bara dan bukan nya api. Sentiasa mengubah posisi lemang bagi mengelakan lemang masak tidak sekata. Pastikan tiada api yang besar semasa memasak.
6- Tunggu sehingga pulut masak. Dan sangaikan seketika
7- Apabila siap masaknya, biarkan ia menyejuk dan belahlah buluh berkenaan bagi merasai isinya... Ermmmm mesti sedap...

Monday, September 14, 2009

Ice Cream's Cake

Nampak best jer kan?? Tadi mE jumpe kat blog Miss Creative. Boleh gak cube ni. Pada yang hantu Ice Cream macam mE elok sangat lar menjadikan ia sebagai hidangan nanti walaupun cepat cair. kuikuikui..!!!

Resepi x payah bubuh sebab kerja yang perlu dibuat adalah kek span sahaja. So ikut lar resepi Kek Span yang korang suke. Janji leh telan... Step2 nak wat leh ikut kat bawah ni...



p/s: dulu pernah tgk TV cara wat kek ice cream. Diorang ajar suh bubuh sedikit tepung... Tepung ape mE x ingat. Tujuannya untuk melambatkan Ice Cream cair...

Tuesday, September 8, 2009

Sagu Gula Melaka

Tadi jengah2 blog kawan-kawan Kak Ijan... Terview lar blog Kak An.... mE terpikat ngan resepi kuih sago gula melaka... Adoiiii... Ni memang feveret mE... Tapi disebabkan dok sorang jer, malas nak wat sendiri... Tunggu lar kalau ramai orang kat umah mE akan wat...


Bahan-bahan: (menghasilkan 5 bekas dadih kecil) - ehsan from Kak An

1/2 cawan sagu biji (K.An gunakan yang warna hijau)- rendam dengan 1 cawan air selama 15 minit
4 cawan air biasa
1 biji putih telur
acuan secukupnya


Cara membuatnya:

1.Masukkan air ke dalam periuk. Didihkan. Biar api sederhana. Masukkan sagu yang direndam tadi (jangan toskan) dan kacau sentiasa hingga sagu timbul dan jernih. Tuangkan ke dalam penapis halus.

2. Dalam bekas lain, kacau putih telur dengan garpu. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama sagu yang ditoskan tadi. Masukkan campuran sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais.


Bahan sirap gula melaka:

Cairkan 1 keping gula melaka dengan 1 cawan air mendidih. Kacau sentiasa hingga air gula mendidih. Padamkan api dan sejukkan.Campurkan sedikit garam dengan 1 cawan santan pekat. Sejukkan dalam peti ais. (jika ingin santan tahan lama, masak di atas api perlahan seperti menyediakan santan untuk cendol.

Hidangkan sagu bersama 2 sudu besar air gula melaka dan 2 sudu besar santan. (tambah jika tak cukup manis atau lemak)

Thursday, April 16, 2009

Popiah Pisang


mE suke makanan yang manis-manis... Hehehe... Makanan dari pisang pun mE suke... Dulu penah makan pie pisang kat Dominos Pizza... Sedap... Ni nanti nak try Popiah Pisang lak... Mesti sedap... thank to Ummi... mE curi resepi dia lagi... hehehe.. (^_*)v peace!!!
.

Bahan:-
1) 4 biji pisang emas masak kekuningan(sederhana besar - dibelah 2)
2) Sedikit gula
3) 8 keping kulit popia
.

Cara Membuat:-
1) Letakkan pisang di atas kulit popia.
2) Letakkan sedikit gula di atas pisang (jangan byk sgt, nnt goreng mudah hangus lak, tapi kalau pisang dah ranum dan manis, x letak pun xpa)
3) Bungkus pisang dengan melipat kulit popia seperti biasa.
4) Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. (jangan lama sangat, nnt keluar lak pisang tu bila dah panas dan lembik)

Wednesday, April 15, 2009

Puding Roti Nenas Bersos

Kali ni kite layan Puding Roti Nenas Bersos... Ermmmm tengok kat gambar memang menkecurkan... mE lum try lagi... coming soon... hehehe... Anyway thanz to Kak Siti [http://taman-syurga-abadi.blogspot.com/] & Ummi [http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/] ... Saya curi resepi ni dari blog diorang.. hehehe... So jangan sia-siakan resepi yang ada.. Jom try...
.
Bahan-bahan:

30 gm mentega - untuk disapu pada roti8 keping roti putih/Gardenia - tak buang kulit tepi pun tak apa
3/4 cawan nenas dalam tin - cincang
4 sudu besar gula halus
2 biji telur - dipukul ringan
1 sudu teh esen vanila
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan nenas + jus yang dikisar halus
secubit garam
.
Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Sediakan loyang (7"x7") yang disapu marjerin.
2. Roti disapu mentega dan dipotong dua bentuk tiga segi.
3. Susun roti satu lapisan dalam loyang dan taburkan nenas cincang, kayu manis dan gula halus.
4. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, esen vanila, susu dan nenas kisar.
5. Tuangkan campuran tadi keatas roti dan biarkan terendam sebentar selama 5 minit.
6. Kemudian baru lah dibakar selama 30-40 minit/hingga keperangan.
.
Bahan Sos:

1 1/2 cawan susu cair
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula1 sudu teh esen vanila
.
Masak bahan di atas hingga pekat. Sejukkan. Tuangkan ke atas puding yang telah dipotong semasa menghidang.

Friday, April 10, 2009

PULUT GORENG

Nampak best... Lagi best kalau di kepal2 jadi ketul2 kecik... Jadi kalau me buat pulut goreng ni, me akan modified ke ketul2 yang comel.. hehehe... Resepi sebenarnyer me celup dari rakan blogger yang lain. Ni link dia [ http://resepi-simple.blogspot.com/ ].. Macam best jer... tu yang copy and taip kat sini... hehehe...

Bahan-bahannya :

1- Sedikit beras pulut yang di masak tanpa santan... Nak sedap lagi taruh sikit garam
2- Bawang putih dicincang halus... Ada bawang merah ni maybe lagi wangi
3- Sosej dihiris nipis-nipis
4- Cendawan kering (direndam & di hiris halus2)
5- Udang kering (direndam & ditumbuk kasar)
6- Sedikit garam, gula & perasa
7- Kalau suka, boleh tambah sos tiram


Cara-caranya :

1- Panaskan minyak bijan. Tumis bawang sehingga wangi.
2- Masukan udang kering, cendawan & sosej. Kacau sehingga rata dan wangi
3- Bila dah hampir masak, masukan sos tiram, garam, gula & perasa
4- Last sekali, masukan pulut yang telah di masak dan gaul sampai kering. ikut kadar kering yang korang suke. Kalau suke lembab2 jer, jangan gaul lame sangat...
5- Bila dah masah tekapkan dalam mangkuk/acuan/apa-apa lar... ataupun nak kepal2 jadi macam sushi pun boleh.
6- Dah siap... Sedia untuk di'ngap' oleh anda semua...

Related Posts with Thumbnails