Followers @ Maka.N

Thursday, January 21, 2010

Kembangan Paradise

Actually menu yang nak di ketengah ni bukan lar pure dari Kembangan Paradise... Tapi gerai dia adalah Sub-Kembangan Paradise... Kire sedap kate anak syarikat lar kunun... hehehe... Restoran ni adalah suggestion from my brother Izham... Dia kate ade Mee Bandung Muar yang Tip-Top... Abah mE kalau dengar Mee Bandung Muar memang excited... Ntah nape...

[Ini lah dia Mee Bandung Muar]

Rase Mee Bandung Muar ni memang sedap... Manis udang pun dapat dirasai bermain-main dalam mulut korang... Pastu rase memang secukup rasa... Dan besnyer sos nya tidak berlebihan seperti kebanyakan restoran kat Malaysia ni...

[Inilah gerai yang mE kate Sub-Kembangan Paradise... Gerai ni yang Jual Mee Bandung Muar, Mee Rebus Muar... Sesungguhnya, kedua-dua menu ni amatlah kami puas ati... So nanti kalau datang sini, order lah mee bandung muar di Kiosk ini... hehehe..

[Yang ni Kotiaw Hailam. Kami order dari main restaurant dia iaitu Paradise Kembangan... Xsedap lar... I need to honest... Memang rase dia out of service... Sorry yer... Hope anda tuan punya kedai can improve ur quality taste...]

[ABC dia sedappppp...!!!! ]

So inilah rupanya Pintu Masuk ke Kembangan Paradise... Nampak signboard ni jangan lupa singgah untuk cube Mee Bandung Muar & Mee Rebus Muar.... Terbaikk...!!!~~~


mE @ Comment
Mee Bandung & Mee Rebus Muar menag sedap, mE bagi 4 bintang kat Sub-Kembangan Paradise...

Kembangan Paradise Restaurant
Perumahan Kembangansari,
Jalan 1/8,
Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor

Tuesday, January 12, 2010

Murtabak Mengkasar

Pernahkan anda dengar tentang Murtabak Mengkasar??? Sesungguhnya Murtabak ini telah diasakan sejak tahun 1980an lagi di Kuantan-Pekan berhampiran Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan...

Dulu memang Murtabak ini hanya berada di Kuantan-Pekan, tapi kini, murtabak ini telah melebarkan sayap ke Kota Metropolitan, Kuala Lumpur...

Diorang kata Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah antara penggemar Murtabak ini. Sebab tu, dengan kata lain, Murtabak ini dikenalai jugak sebagai Murtabak Di-Raja...

Pada yang teringin nak jadi RAJA, leh makan murtabak ini... Kekekeke....

(^o*)v Happy M.A.K.A.N


[Kedai dia]

[Sedap wehhh... 1 Murtabak leh makan dalam 3 orang, saiz sederhana lar]

[Murtabak Daging Special - RM8.00]

[Murtabak daging biasa - RM6.00]


mE @ Comment
For mE Murtabak ini lain dari yang lain... Sedap kerana rempah ratusnya harum nyer dan terasa seolah-olah menghangatkan lidah anda. Saiznya yang juga luar biasa kerana lebih besar dari murtabak yang kita biasa makan tu, (1 Murtabak Mengkasar, 2.5 Murtabak biasa). Selain itu Kuah dalcanya juga sedap. Bukan cair jer dan bawang jeruknya jugak sedap dan segar. Sebelum ni family mE x makan bawang jeruk ni. Tapi di Murtabak Mengkasar, siap minta extra lagi... hehehe...

mE bagi 4 bintang pada Murtabak Mengkasar


Murtabak Mengkasar (KL)
12A, Jalan Rampai Niaga 4,
Medan Niaga Rampai,
53300 Setapak, Kuala Lumpur

Masa perniagaan : 12pm - 12am
(Tutup pada hari Isnin)

Thursday, January 7, 2010

Warung Tom Yam Ciku-ciku

Makan lagiii... Ini sesungguhnya makan versi "Melawan Kesepian Part 1"... Kali ni mE g makan same ngan T.am & Imin... Sebenarnyer nak g tengok wayang jer... Xsengaja lak... Semua ini adalah angkara T.am... Thanz a lot T.am... hehehe..


[Udang goreng tepung]

[Kerabu Perut]

[Ayam Masak Merah]

[Kailan Ikan Masin]

[Siakap 3 Rasa]

[Tom Yam Seafood]

Percaya atau tidak, semua ini hanya RM54 sahaja... Siap ada ikan siakap besor, minum lak order fresh juice jer... Memang murah... Tapi for mE rasanya tahap sederhana, jadi mE bagi 3 Bintang untuk Warung TomYam Ciku-ciku....


Warung TomYam Ciku-ciku
[Masakan ala-thai]
Alamat mE xtau secara detail tapi warung ni di tepi jalan menghala ke Chepor, Ipoh.
Selamat mencari.... (^o*)v

Monday, January 4, 2010

Cendol Pak Man Tanjung Malim

Setelah sekian lame mE x upload makanan2 yang sedap DI LIHAT dan di makan... Dan kini Imma kembali lagi... Memberikan inspirasi pada korang yang suke JJCM... hehehe...

Dis time mE nak tunjuk cendol yang x kurang popularnya kepada pemandu dari utara menuju ke KL or Selatan sana... Dulu sebelum Highway Utara-Selatan buka, cendol ni sangat popular... Ramai yang dalam perjalanan ke KL or ke Selatan mesti singgah sini untuk try cendol dia... Actually Warung Pak Man ni terletak di Jalan Lama di Tanjung Malim kalau x silap lar... Address lengkap mE xtau lak... Tapi korang akan nampak gerai dia...

[Cendol Pulutnya]

[Rojak Pasembor]

[Dapur warung Pak Man]

[warung Pak Man]

~~~ mY Comment ~~~

For mE, cendol dia taraf 2 Bintang je lar.... X bape sedap... Tapi boleh lar menghilangkan dahaga... Tapi x rugi pun kalau singgah.... Janji enjoy ur travel...
Related Posts with Thumbnails