Followers @ Maka.N

Friday, October 2, 2009

Semperit Raya

Kalau korang wat semperit guna resepi ni, mE 130% yakin semperit korang akan sedap giler... Sebabnyer, mE sendiri memang xreti pun nak wat, tapi ikut resepi mak ni, terus menjadi... Just terlajak lembut sikit bancuhanyer... Tu yang melepek jer bunga kejora ku... hehehe... Selamat mencuba.


Semperit

1 tin tepung jagung Cap Kupu-Kupu
1/2 tin tepung gandum
1/2 tin tepung ubi
1/2 tin gula icing
Sedikit vanila
Butter brand SCS ikut kelembutan adunan (Biasa 2 ketul)

Langkah-langkah

- Goreng tepung gandum dan tepung ubi tanpa minyak
- Sejukan tepung yang digoreng tadi. Kemuadian gaul semua bahan-bahan sehingga rata
- Kemudian gaulkan Butter sehingga adunan lembut. Jangan biarkan adunan terlalu lembut kerana butter yang berlebihan akan menyebabkan kelopak bunga melepet ketika di masak
- Uli sehingga adunan lembut & tekan adunan tadi dengan acuan semperit
- Letak ceri merah ditengah-tengah dan bakar di dalam oven hingga kekuningan

2 comments:

  1. tepung jagung cap kupu-kupu? cap belalang takde ke? hehehe

    ReplyDelete
  2. jahat kak ijan eh... hehehe..
    cap belalang tahun depan owg jual... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails