Followers @ Maka.N

Tuesday, August 25, 2009

Tauhu Kukus Bebola Ayam versi Mat Gebu

mE baru pas ziarah blog Mat Gebu. Jadi terpikat lar ngan resepi ni... Rasenyer nak try esok... Nak wat hari ni xpat, sebab xde tauhu tuh... hehehe... Jadi today just grab the recipe from him 1st... Thank a lot Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA

2 tiub tahu lembut (atau 3 keping tauhu putih biasa)
1 camca besar sos tiram
1/4 camca teh serbuk lada hitam
Beberapa titik minyak bijan

BAHAN-BAHAN "A"

100 g daging ayam kisar (mat guna jenama "ramly")
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1/2 camca teh serbuk ketumbar
1/2 biji bawang besar, dicincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus2
2 camca besar tepung jagung
Sedikit garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA

1- Tauhu dipotong kepada 12 bahagian sama besar (kalau guna tauhu biasa, guna 3 ketul dan potong 4 bahagian bagi setiap 1 keping tauhu). Kemudian korek sedikit bahagian tengah tauhu tadi dengan alat pengorek seperti dalam gambar. Jangan korek dalam sangat, anggaran 1/3 bahagian sahaja, buat hingga siap dan ketepikan (berhati2 semasa mengorek, takut pecah). Sementara itu panaskan kukusan.

2- Satukan semua bahan2 "A" (boleh campur sekali lebihan tauhu yang kita korek tadi) dan kacau hingga sebati, terus mengacau pada satu arah sahaja sehingga mendapat adunan yang pejal. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian dan bulat2kan menjadi bebola. Isi dalam setiap tauhu tadi. Kukus atas air mendidih selama 10 - 12 minit.

3- Angkat bekas yang berisi tauhu tadi dan perlahan2 ceduk keluar stok (air) yang terhasil semasa mengukus tadi. Masukkan stok ke dalam periuk kecil dan satukan sos tiram, minyak bijan dan lada hitam serbuk, didihkan dengan api perlahan dan kacau sehingga pekat. Tuang sos tadi atas tauhu kukus berisi bebola ayam sebelum dihidangkan......

1 comment:

  1. Cantiknye bebola ayam tuh bertenggek atas tauhu. kalo kak ijan, ayam tu yg ilang dulu. tauhu akak bg kat naima je lah.hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails